Di dalam dunia sebenar saya lebih suka berkawan dengan laptop dan komputer. Dua benda tu menjadi kawan rapat saya ke mana-mana saja saya pergi. Mengapa saya lebih suka berkawan dengan komputer? Sebab orang disekeliling saya kebanyakannya negatif, pesimistik dan skeptik. Bergaul dengan mereka membuat saya jadi tidak selesa.
Saya amik keputusan untuk berdiam-diam saja, cakap apabila perlu, bersuara bila ditanya.
Dari situlah saya mula minat dengan komputer dan saya tak suka hebahkannya, saya lebih suka berkomputer sembunyi-sembunyi. I just do, i dont talk. Beberapa tahun kebelakangan ini, saya membina kerjaya dalam bidang perkomputeran lalu menjadikannya sebagai kerjaya seumur hidup. Bukan sebab duit, tapi sebab minat. Setiap hari saya jumpa banyak benda baru berkaitan komputer dan semua itu amat menggembirakan, lebih gembira dari perkara lain.
Then, saya jumpa Irfan Khairi, blog, perniagaan internet, Facebook dan Celcom Broadband. Bagi seorang lelaki pendiam seperti saya, dia amat menghargai semua itu.
Dari internet saya jumpa ramai orang berfikiran positif, bersemangat tinggi dan mahu berjaya. Mengingati mereka membuat saya turut mahu berjaya, setiap hari saya bangun untuk bekerja dengan semangat baru yang lebih tinggi.
Ok, saya kongsikan nama 2 orang yang menjadi idola saya - Peter Rojas dan Kevin Rose. Wajah-wajah mereka saya print dan lekat di dinding bilik tidur sebagai pemberi semangat di waktu bangun pagi. Nak kenal Peter Rojas, dia ditemuramah dalam video ni...
Khamis, November 05, 2009
1 atau 10
Ada seorang gadis tanya saya tentang blog. Dia rupanya dah lama ikuti artikel-artikel saya sejak 2007 lagi. Thanks! Dia tanya - mana lagi bagus, ada 10 blog dalam masa yang sama atau hanya 1 blog? Jawapan saya, dari pengalaman saya sendiri, lebih baik tumpu pada 1 blog saja. Jangan lebih dari 3.
Elak update 5 hingga 10 blog sekaligus sebab Anda akan jadi bercelaru. Akibatnya, idea tak keluar, fikiran jadi buntu nak tulis apa apatah lagi jika setiap satublog dalam topik berbeza-beza. Lebih baik cuma fokus pada 1 blog.
Saya suggest bina 1 blog dalam topik yang Anda minati, lebih minati dari topik-topik yang lain yang Anda minat sama. Tentukan mana satu yang paling Anda minat di antara banya-banyak perkara yang Anda minat. Ataupun, cuba buat eksperimen.
Bina 3 blog dalam 3 topik yang paling Anda minati, kemudian lihat topik mana yang paling membuat Anda seronok ketika mengupdate artikelnya. Gadis biasanya minat masakan, cup cake, hiburan, muzik, kisah cinta dan kekeluargaan.
Bila dah buat keputusan mana satu topik yang paling Anda minati, jangan berpaling lagi. GO ON!
Update dengan kerap, tulis artikel dengan gaya Anda sendiri, gunakan bahasa yang senang orang nak faham, jangan terlalu akademik dan be friendly. Sedar tak sedar Anda akan terdorong untuk mengupdate artikel 5 hingga 7 kali dalam sehari. Tulis apa saja, janji bermanfaat dan bermaklumat untuk kebaikan diri sesiapa saja membacanya.
Saya pernah update artikel satu blog hingga 40 kali dalam sehari tanpa tidur dan tanpa rehat yang cukup. Tapi, puas hati. Walaupun saya dibayar untuk menulis artikel blog itu dan ia bukan milik saya, menghasilkan artikel dengan penuh fokus, penuh keseronokan mendatangkan kepuasan tersendiri. Anda akan makin bersemangat bekerja.
Tak terasa macam kerja.

Rabu, November 04, 2009
Sabar punya saikologi
Saya ceritakan sedikit suasana ketika saya bekerja. Line Celcom Broadband kat rumah saya ni tak clear sangat, cuma dapat GPRS saja dengan kelajuan paling tinggi cuma 10kbps (kilo bytes per second). Tapi, dah cukup bersyukur sebab masih dapat sambung ke internet.
Nak bukak Gmail, amik masa dalam 15-20 minit, pakai Gmail yang HTML punya interface, bukan yang standard punya. Nak bukak mana-mana blog, kena tunggu dalam 10-15 minit. Namun semua itu banyak mengajar saya erti kesabaran. Bersabar dan tunggu saja, walaupun sedikit lambat. Mula-mula memang naik geram juga sebab line internet lambat. Lama kelamaan cepat terbiasa.
Tak semua lelaki merupakan lelaki yang penyabar.

Selasa, November 03, 2009
Kena cabar oleh dua orang gadis
Kata orang, semangat sape yang tak membara bila ada orang cabar dia? Mestilah membara kan? Cemana pula kalo Anda seorang lelaki dan ada dua orang gadis cantik mencabar Anda jadi orang berjaya? Haaa .. itulah yang terjadi pada saya!
Erk..besar juga cabarannya bila menjadi sebuah nama yang dikenali ramai. Yang seorang tu dia kata dia wartawan. Yang seorang lagi kata dia staff sebuah majalah berbahasa Melayu. Siapa nama mereka, itu masih menjadi misteri buat saya hingga ke hari ini. Cuma gambar sebenar kedua-dua mereka menjadi tatapan saya. Kedua-duanya manis, kedua-dua bertudung.

Isnin, November 02, 2009
Tawaran
Baru-baru ini saya mendapat tawaran untuk bekerja sebagai guest blogger dalam sebuah blog berbahasa Inggeris. Tak ada bayaran yang saya dapat dari situ buat permulaan. Tapi setelah pencapaian saya berjaya sampai ke level tertentu, barulah saya ada mendapat bayaran.
Soal duit saya tak kisah, janji saya ada peluang untuk menulis sesuatu berkaitan teknologi. Saya banyak luangkan masa di depan laptop, 12-13 jam sehari dan tak buat kerja lain selain tu saja, sebab itulah saya suka sangat menulis pasal laptop dan semua berkaitan dengannya.

Khamis, Oktober 01, 2009
Kamerafon 12 megapixel dari Samsung dengan skrin WVGA AMOLED - Samsung SCH-W800
Biasanya kita cuma mendengar kamera digital 10 megapixel. Kamera digital yang ada pada henpon biasa cuma ada 5MP (megapixel) atau 7MP saja tapi kamerafon keluaran Samsung ni adalah kamera digital yang merupakan smart phone dalam masa yang sama.

Kat depan berwajah kamera, kat belakang berwajah sebuah henphone canggih, dengan capaian 3G menggunakan HSDPA, didatangkan dalam skrin WVGA untuk paparan lebih jelas. Skrin telepon ni menggunakan teknologi paparan terbaru iaitu AMOLED, lebih tajam imej skrinnya dari TFT, LCD dan Plasma.
Baru dilancarkan, masih belum masuk ke pasaran Malaysia, mungkin ada dalam beberapa bulan lagi mengikut sumber dari Samsung Malaysia. Ia bukan kamera sahaja, bukan henpon saja tapi disebut kamerafon.
Samsung adalah jenama barangan elektronik dari Korea, sebab tu kita nampak tulisan Korea kat dalam gambar kebanyakan iklannya di internet.

Selasa, September 29, 2009
Google Chrome OS Boleh Membuat Microsoft Jadi Lingkup
Dulu Google kejutkan kita dengan browser Google Chrome, perisian percuma untuk melayari internet seperti Internet Explorer 7, Apple Safari 4.0 dan Mozilla Firefox 3.0. Sekarang, Google berusaha menjadikan Google Chrome nama rasmi bagi sebuah sistem operasi keluaran mereka sendiri iaitu Google Chrome OS ( OS - Operating System) atau "Chrome OS" dibina berasaskan sumber terbuka OpenSUSE Linux.Mengikut sumber dari LifeHacker.com, Google Chrome OS akan dilancarkan pada lewat tahun 2010 nanti, tapi sekarang kita dah boleh test sikit cemana dia punya rupa dan cemana functionnya. Jika Google Chrome OS diinstall dalam ribuan laptop, komputer dan netbook (baru atau lama) Microsoft boleh jatuh lingkup sebab perisian sistem operasi adalah produk utamanya hingga menjadikan Microsoft raja dalam dunia perisian apatah lagi sekarang Microsoft sedang bekerja keras mempromosi Windows 7. Persaingan Microsoft dengan Google akan jadi bertambah-tambah sengit.
Kesan dari pelancaran Google Chrome OS, mungkin akan menyebabkan harga laptop, desktop PC, notebook dan netbook jatuh lebih murah, mungkin dua kali ganda lebih murah dari harga beberapa bulan dari waktu dilancarkan. Mungkin kita akan boleh membeli Acer Aspire One diinstall dengan Google Chrome OS pada harga RM500 saja..er, contoh saja, contoh!
Masalahnya, setiap orang akan amik masa nak menyesuaikan diri dengan Google Chrome, terutama yang dah lama biasa pakai Windows XP, Windows Vista atau versi lama seperti Windows 98, windows 2000 Millenium Edition (Windows ME).
Anda boleh try Google Chrome OS (atau boleh juga ditulis dengan nama Chrome OS, bukan Krom OS) kini boleh didownload dalam format ISO image lalu dipasang sebagai bootable system untuk semua sistem, sesuai walaupun pada komputer di install dengan Windows XP, Windows Vista ataupun Windows lama-lama. Anda memerlukan sedikit kemahiran formatting untuk mencuba Google Chrome OS pada sistem operasi Windows.
[ Dari LifeHacker ]
Info Lanjut di site Google Chrome
Langgan:
Catatan (Atom)